Posts

Showing posts from October, 2016

Persimpangan jalan

Assalamualaikum. Hmm. Minggu ni agak suram sikit sebab banyak la benda yang terjadi. Tambah lagi dengan batuk yang hampir 3 minggu belum menghilang lagi. Saat ni Yus kena buat pilihan. Pilihan demi masa Yus. Sukar buat keputusan bila hanya bertunjangkan akal. Sebaliknya kita tetap kena merendahkan diri sujud pada Ilahi. Insyaallah keputusan yang dibuat nanti akan dipandu Ilahi sebaiknya. Saat genting ni sebaiknya kerapkan bangun tengah malam untuk solat istikharah solat taubat solat hajat dan solat tahajud. 😔😔 Kalau betul nak kan sesuatu paksa diri menjadi hambaNYA sebenar benarnya taw ! Doakan kehidupan Yus diberkati Allah ya ! 😓

Hb low dan tekanan darah rendah

Dah hampir 5 tahun bermufasir ke Perak. Dan dah berpuluh-puluh kali balik kampung dengan pengangkutan awam iaitu bas. Ikut pengalaman Yus sendiri, naik bas bermakna masa untuk tidur dan tidur. Sebab apa? Kebiasaannya bila duduk je dalam bas dan tak tidur akan datang satu perasaan tak sedap. Perut mula berangin berombak (bayangkan 😝😝). Dingin je rasa dan mula lah tayangan muntah dan pening kepala 😂 Sebenarnya ni salah satu petanda darah rendah. Bagi orang yang tak boleh membaca atau menunduk dalam bas pun petanda darah rendah. 😂 So apa yang Yus buat adalah amalkan pengambilan suplemen yang boleh bantu tingkatkan haemoglobin dalam badan. Antaranya Vitalea dan B Complex. Minggu pertama Ogos 2016 Yus pergi buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah, Doktor cakap tekanan darah dah nak normal balik. Sikit je lagi. Jadi Yus teruskan sampai hari ini. Sama juga dengan ibu mengandung yang mengalami hb low atau tekanan darah rendah sangat digalakka...

Makanan tambahan khas sepanjang kehamilan dan berpantang.

Image
Assalamualaikum. Kejap je masa berlalu. Tup tup dah malam. Esok sekolah balik. Hee. Begitu lah peredaran masa kita. Alhamdulillah jugak, tahniah Yus ucapkan pada sahabat baik Yus Puan Mar, sebab bakal menimang cahaya mata tak lama lagi ! Rezeki kita berbeza kan. Ada yang dah setahun kahwin belum melekat lagi, ada yang seminggu kahwin dah dapat hadiah dari Allah dan ada yang tak kahwin kahwin lagi (Yus la ni 😂) Kebetulan tadi baru je ber 'whatsapp' dengan Puan Mar ni. Dia tanya tentang set pantang shaklee. Jadi Yus cadangkan satu set lengkap kehamilan. Istimewanya set kehamilan ni boleh diteruskan hingga ke waktu berpantang. Cuma add-on je nanti. Jimat kan? Set kehamilan terdiri daripada ESP, Vitalea, Ostematrix, B Complex, Omega Guard dan Vitamin C. Nanti ada masa khas, Yus akan share kelebihan consume set kehamilan dan berpantang shaklee ni. Semoga usaha kecil ni dapat menolong sesiapa sahaja yang masih lagi mencari makanan tambahan sepanjang kehamilan. Dan semog...

Bertenaga dengan ESP dan Set Premium Health

Image
Mana mana kerja pun penat. Dah namanya guna tenaga kan? Nak tenaga lebih minum lah ESP Shaklee sebab dia buat perut rasa kenyang dan bertenaga seharian gituh. Yus happy jadi cikgu walaupun kerja menggunung macam bukit sebab dapat tengok muka yang innocent dan penuh harapan setiap 5 hari seminggu. Sangat berbaloi untuk bahagiakan anak anak pelajar dan pandu hidup mereka ke arah yang lebih baik. Kalau nak tahu rahsia Yus kekalkan stamina badan adalah dengan ambil set premium health shaklee. Yus ambil vitamin C untuk elakkan badan asyik demam. Vitamin C ni akan tingkatkan metabolisma badan Yus ni. Pastu, Yus ambil jugak B Complex untuk elakkan stress dan normalkan tekanan darah. Alhamdulillah. Hari tu migrain kejap je hilang taw. Yang terakhir set health ni adalah vitalea. Vitalea ni multivitamin tertua di Shaklee. Vitalea melengkapkan vitamin dalam badan kita taw ! Sirru ala barakatillah. Semoga menjadi cikgu cemerlang. Jom sambung niaga pulok. 😂😂

Cara buat Blog

Image
Assalamualaikum semua ^_^ So, here to go ! Blog pertama ciptaan yus, simple ! Ringkas macam makan nasi goreng ! order nasi goreng dari kedai, sampai je nasi goreng, baca doa makan kejap (korang ingat tak doa makan tu? ehehe) then terus NGAP ! Macam tu la permulaan Yus buat blog. Ingatkan rumit lah !      So, ni Yus nak share cara buat blog. Pertama korang mesti ada gmail taw! (cecepat pergi buat sekarang!). So, bila dah ada alamat gmail. Korang pun tekan la kat link ni blogger.com . Lepas tu masukkan alamat gmail dan password korang. Kemudian, baru lah keluar satu paparan. Korang cari belah kiri korang perkataan ni "New Blog" . Klik je terus taw.      Kemudian, korang tulis kat petak nama blog pilihan korang taw. Kalau nama pilihan blog korang masih belum digunakan oleh orang lain, akan keluar satu paparan " this blog address is available" . Okey, ini tip untuk pemilihan nama blog, jangan terlalu panjang tau dan jangan pelik pelik. Pilih yang simple ...