Cara buat Blog

Assalamualaikum semua ^_^
So, here to go ! Blog pertama ciptaan yus, simple ! Ringkas macam makan nasi goreng ! order nasi goreng dari kedai, sampai je nasi goreng, baca doa makan kejap (korang ingat tak doa makan tu? ehehe) then terus NGAP ! Macam tu la permulaan Yus buat blog. Ingatkan rumit lah !

     So, ni Yus nak share cara buat blog. Pertama korang mesti ada gmail taw! (cecepat pergi buat sekarang!). So, bila dah ada alamat gmail. Korang pun tekan la kat link ni blogger.com. Lepas tu masukkan alamat gmail dan password korang. Kemudian, baru lah keluar satu paparan. Korang cari belah kiri korang perkataan ni "New Blog" . Klik je terus taw.

     Kemudian, korang tulis kat petak nama blog pilihan korang taw. Kalau nama pilihan blog korang masih belum digunakan oleh orang lain, akan keluar satu paparan "this blog address is available" .
Okey, ini tip untuk pemilihan nama blog, jangan terlalu panjang tau dan jangan pelik pelik. Pilih yang simple dan kena dengan tujuan korang buat blog ! Contoh yus ni memang suka kongsi tips kesihatan dengan makanan suplemen shaklee, sebab tu Yus pilih lifeinhealthylove.com 

     Seterusnya dekat bahagian template tu korang pilih lah mana satu muka blog korang. Nak jenis lovely ke, simple ke, apa apa lah asalkan senang pembaca nak baca dan follow nanti ^_^

     Bahagian terakhir, korang klik je tulisan Create blog ! Okey, sekarang korang dah ada satu blog korang ! Alhamdulillah ! Segala puji bagi Allah ^_^

Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya ya?
Assalamualaikum. Sekain :p Best kan tengok budak budak bahagiakan hidup mereka sendiri ^_^

Ikhlas Cikgu Noor Yusmiza 0195159983


Comments

Popular posts from this blog

Part Time Job Mobile Spa Paling Sempoi Untuk Wanita !

SIHAT SELEPAS BERSALIN

Bisnes Mobile Spa TWB • The Walking Beauty