3 Kunci Kesuburan 😙
Petang ni sementara tengah free Ibu Aafiyah nak kongsikan sedikit tentang kehamilan.
Ada orang mudah hamil. Ada juga yang sukar untuk hamil. Sebenarnya semua ini ada hikmah dariNYA.
Kita mulakan dengan 3 Kunci untuk meningkatkan kesuburan baik lelaki mahupun wanita 😍
Tiga kunci tersebut ialah : Gaya Hidup, Persekitaran dan Pemakanan.
Jadi kita pergi satu persatu ya 😉 Suami dan isteri yang dalam usaha mendapatkan zuriat sebaiknya perlu mengamalkan senaman dalam kehidupan seharian. Boleh mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki sekeliling taman perumahan, melakukan kerja rumah secara berjadual atau squad di rumah. Banyak senaman yang pakar kongsikan di dalam Youtube, kita cuma perlukan kerajinan untuk tiruvasi sahaja 😉
Seterusnya adalah penting untuk pasangan mendapatkan berat badan yang ideal, menjauhi rokok dan tidak mengambil alkohol. Selain itu, setiap pasangan perlu kekal aktif dan bijak menguruskan tekanan.
Kunci kedua ialah Persekitaran. Setiap pasangan setidaknya perlu mengehadkan penggunaan bahan kimia dan mengelakkan pendedahan kepada toksik dan radiasi.
Kunci terakhir ialah Pemakanan. Ini adalah perkara paling susah nak dilakukan. Tetapi untuk kebaikan apa salahnya berkorban kan? Sila hadkan pengambilan kafein dan cuba elakkan bahan tambahan dan makanan diproses. Suami dan isteri boleh memilih makanan sihat dan lengkapkan badan anda dengan nutrisi seperti protein, asid folik, vitamin C dan lain-lain.
Tips ini dibawakan khas dari hasil perkongsian bersama Nutritionist Sarah semalam. Insyaallah sama-sama kita amalkan ya 😉
#IbuAafiyahBercerita #TipsShakleeDariIbuAafiyah #ShakleeAwesome
Comments
Post a Comment