Why Shaklee ?

Shaklee Effect yang yus dapat dan paling tak boleh lupa adalah DEMAM 🤒

Demam yang bukan biasa-biasa. Satu bulan kadang 2 kali boleh kena.

Mungkin bagi orang lain demam adalah perkara biasa, tapi tak bagi yus ! Bayangkan bagaimana kita nak perform di tempat kerja kalau badan asyik sakit ? (Time ni yus buat banyak kerja dalam satu masa so memang nak stamina yang kuat)

Bayangkan nak mengajar dalam kelas pun tak berapa semangat. Sakit kepala. Bila pelajar tengok cikgu dia , cikgu tak boleh respon dengan terbaik. Sedih bukan ? Malu pun ada. Segan pun ada. Pdpc tak dapat berjalan dengan lancar bila badan tak beri kerjasama. Huk huk 😭

Perasaan yus waktu tu sangat SERABUT STRESS KECEWA. Kenapa aku asyik demam ni. Malulah asyik melepek je dalam kelas. Malulah cikgu-cikgu lain tengok. Malulah asyik menyusahkan kawan je. Huhu. 😭

Kebetulan waktu tu post shaklee kakmila selalu lalu lalang dekat wall yus. Macam tahu tahu je yus ni perlukan sesuatu ! Jadi di sini lah bermulanya kisah yus dengan shaklee.

Yus buat bacaan sendiri. Sambil tanya-tanya kak mila. Vitamin shaklee mana yang elok untuk yus dan demam yus ni. So kak mila suggest la kat yus set basic health dan mealshake sekali untuk bantu naikkan berat badan yus.

So yus congak-congak better jadi ahli terus. Harga ahli pun jauh lagi murah plus dapat untung bonus lagi. Hikhik

So yus order la sekali dengan duit membership. Waktu tu sekali order dengan adik Nasza. Hihi.

Okay nak dijadikan cerita yus ni sejenis bila beli barang guna duit sendiri (plus duit pun segan-segan nak ada) jadi memang yus manfaatkan betul-betul set shaklee tu. Makan ikut yang shaklee sarankan.

And guess what ! Dah takde demam-demam tau !

Happy giler ! Kawan pun tegur muka nampak makin berseri (hikhik). Asbab makan set ni la dapat kesihatan yang lebih baik tau !

So alang-alang dah menjadi dengan yus, automatik buka mulut. Cerita kat kawan-kawan. Eh eh ramai pulak yang bagi respon. Nak try jugak !

Sebenarnya yus sekadar nak berkongsi je pengalaman yus. Yus tahu ramai wanita luar sana yang tercari-cari makanan kesihatan yang selamat. Yus dah rasa shaklee. Dah tahu kelebihan dia. So tak salah yus nak promote untuk wanita lain. Dan bila yus selalu share gini, yus rasa bahagia sangat. Seronok sangat bila orang lain pun dapat kesan yang positif dan diingini asbab makan shaklee !
Gambar waktu dalam pantang. Asbab shaklee semua menjadi mudah. Bersalin dan berpantang set shaklee wajib guna !

Comments

Popular posts from this blog

Part Time Job Mobile Spa Paling Sempoi Untuk Wanita !

SIHAT SELEPAS BERSALIN

Bisnes Mobile Spa TWB • The Walking Beauty