Pengalaman Pertama di Shaklee National Convention 2019

Assalamualaikum dan hi semua ! Terima kasih sudi menunggu dan membaca entry yus tentang NC ni tau.

Okay. Pada 27 April 2019 berlangsungnya hari perayaan buat semua SID dan bukan ahli shaklee di PICC, Putrajaya. Seramai lebih 1.7K orang membanjiri dewan hari tu.
So sekarang Yus kongsikan tentatif NC tu ya.
Ya Allah rupanya segala perkongsian kat dalam NC ni boleh buat kita menangis, TERPUKAU weh gila la dia ni buat shaklee ! , ketawa dan dalam masa yang sama semangat nak berbisnes tu naik gila-gila. Rupanya ini rupanya itu. Eh senang je buat. Macam-macam la tips yang Yus dapat dari perkongsian dalam NC tu taw ! So Yus wajibkan NC untuk diri yus attend setiap tahun ! Korang yang target nak berjaya pun mesti wajibkan diri jugak tau !
Ini papan penunjuk kat PICC. Besar giler. Tengok pon dah rasa semangat. Hihi

Inilah team Yus ! Comel-comel kan diorang ? Ada lagi tau yang belum masuk dalam gambar. Huhu. Masa ni kitorang beratur untuk pemdaftaran. Bayangkan 17++ beratur untuk memdaftar ! Panjang gilaaaa line ! 

Huhu. Yus balik awal sikit je. Dekat pukul 6 dah. Tapi kesian dekat suami tunggu lama. Masa ni diorang dapat makan aiskrim termahal iaitu aiskrim vivix dan minum air perfomance drink perisa baru. Sedappp yakmaatt !!

Shaklee sediakan beberapa tempat untuk mengabdikan kenangan. Tapi sebenarnya ni semua negara yang ada dalam TRIP antarabangsa yang shaklee bawakan khas untuk ahli-ahli yang berjaya ! Insyaallah Yus salah sorangnya tau ! Doakan !! Yus dapat ke Switzealand !

Lawa kan 😍

Ni TRIP ke Korea tau. Oppaaaa sangat !


Okay sekarang Yus nak tunjuk freegift yang yus dapat dari NC. Sila jeles 😝😝

Ni gelang shaklee. Pakai masa masuk Hall PICC dan sepanjang program. Ala ala program Azizan Osman gituww. Hik huk.

Okayy. Taraaa ! Tak tahu apa nama. Tapi 4 in 1 tau ! Powerbank , Music Box , Phone Stand dan 1 lagi fungsi lupa 😂 Benda ni mahal tau. Tapi yes shaklee baik hati bagi FREE ! Tu la korang. Lain kali kena pergi NC tau dan semua program shaklee !

 Sebenarnya yus dah lama berangan nak dapat benda ni !! Tu la orang kata kuasa bayangan. Yus dapat free je ! Harga dia RM10 kalo beli online. Hik hik. Best kannn dapat free. Dapat letak gelas minuman vivix atau esp atau cinch atauuu pd atauuu mealshake. Ha ha banyak la atau tuuu.

Okay. Ni pulak stiker nak tampal dalam kereta. SHAKLEE bagi free jugak. Hehe. Nak tampal dalam MyToyotaMyvi. Haha


Free pamplet pasal new produk. 

Ni pamplet pasal Youth. Ada 3 bahasa. Boleh rujuk sini kalau nak coaching ke apa senang.

Ni brosur pasal keahlian pakej tu.

Last dapat beg comel ni. Ahaha. Semua yang shaklee bagi comel kot. Gilaaa la.

So itu saja untuk kali ni. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya !


Comments

Popular posts from this blog

Part Time Job Mobile Spa Paling Sempoi Untuk Wanita !

SIHAT SELEPAS BERSALIN

Bisnes Mobile Spa TWB • The Walking Beauty